Tuesday, January 27, 2009

Ketawa yg berjenis2....

Jenis2 ketawa yang dapat dikenalpasti ... .. ketawa korang camner??

1. Ketawa orang kaya :- Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak :- Hark hark hark
3. Ketwa kebaratan :- Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut :- Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah :- Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak :- Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen :- Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar :- Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang :- Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit :- Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut :- Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum :-)
13: Ketawa Double :O
14. Sengih :B
15. Ketawa kuat :- LOL
16. Ketawa bergolek-golek :- LOLROTFL
17. Ketawakan dia :- He he he he he
18. Kekkekekekek :- ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. Ketawa jimat cermat :- ahakz
20. Ketawa tak ikhlas :- hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
21. Hampir-hampir ketawa :- heheh
22. Ketawa sambil batuk :- kui kui kui
23. Ketawa dalam mabuk :- hik hik hik
24. Ketawa ngada-ngada :- hek hek hek
25. Ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring :- wakakakkakaka
26. Ketawa sindir :- eh heh
27. Ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal) :- huargh huargh huargh!!
28. Ketawa sengih - ngee ngee ngee
29. Ketawa sambil lewa :- kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh
30. ketawa perli :- ahe ahe ahe ahe... .

Monday, January 26, 2009

Teka-teki teka-tekok 4...

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

8)Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan



Kalau poning sangat , kaedahnyer intai2lah jawapannya tu ha kt bawah kah... .kah.. ..

Jawapannye...

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) MILO AIS

3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.

4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

5) Semut yang matanya BENGKAK

6) Motorsikal.. ... .sebab dia pakai tongkat

7) kambing binATANG

8) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Teka-teki teka-tekok 3...

Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia? * = Kain songket cap Gajah Duduk

Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa? * = Jatuh la nyonya tu...

Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia? * = Penyapu

Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa? * = Jawapan lain salah la...

Ibunya diurut, anaknya dipijak. * = Tangga

Pokok apa bila manusia nampak dia lari? * = Pokok nak tumbang la...

Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyanyikannya? * = Lagu 'Happy Birthday'

lagi...

Air apakah yang paling berani sekali? * = Air terjun

Sungai apa yang paling kurus di dunia? * = 'Slim River'

Sungai apakah yang tiada air? * = Sungai di dalam peta

Buah apa bila dia masak dia timbul? * = Buah Melaka

Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa? * = Jadi banyak la...

Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar? * = Kedua-duanya boleh digoreng

Ikan apakah yang mempunyai ketiak? * = Ikan duyung Ha... cuba teka... .

Sunday, January 25, 2009

Cite kelako 2....

Tiada Janggut

Pemuda: Uncle, apa tanda yang mudah sebagai bukti Tuhan itu Maha Berkuasa.

Uncle: Lihatlah yang dekat dengan kita, contohnya bulu kening dan bulu mata, tak pernah panjang dan dagu perempuan juga tiada janggut.

##########################################

Salah Faham

Isteri: Abang, dua tahun kita bercinta penuh keindahan. Kita makan berkongsi sepinggan, juga berkongsi minum segelas, pergi pejabat pun bergilir kongsi kereta. Sekarang ini belum pun setahun usia perkahwinan kita, sudah tiada lagi keindahan seperti itu. Ani mengharapkan ianya berulang.

Suami: Jangan harap. Tak mungkin berulang. Dulu tu abang terpaksa buat bagitu untuk berjimat, sebab hantaran kahwin Ani mahal sangat.

#######################################

Nak Beri Makan Kawan

Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah. Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.

Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?

Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.

#######################################

Pemandu Mengantuk

Warga Thailand, salah seorang penumpang Bas Ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan membuatkan pemandu bas tersebut berkali-kali menggelengkan kepada. Sebaik sahaja melepasi Bentong, penumpang warga Thailand yang berada betul-betul dibelakang pemandu bas itu bertanya apakah sudah samapi ke Ipoh atau belum.

Pemandu: Awak hendak kemana sebenarnya?

Penumpang: Saya hendak pergi Kangar, malam ini saya hendak balik Hatyai.

Pemandu: Bas ini menuju Kuantan.

Penumpang: Kuantan tu di mana?

Pemandu: Eh, kamu tak tahu Kuantan? macam mana kamu boleh silap beli tiket? Kalau gitu sampai di Kuantan nanti saya uruskan beli tiket untuk kamu balik semula ke Kuala Lumpur atau kamu naik teksi atau kamu boleh juga naik kapal terbang. Terpulang yang mana pilihan kamu.

Penumpang bas tersebut mendiamkan diri dengan wajah muram. Pemandu bas pula tak habis membebel terhadap kesilapan penumpang Warga Thailand tersebut. Setibanya di Kuantan, sebaik saja turun dari bas, penumpang tersebut terus menemui semula pemandu bas tadi.

Penumpang: Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sebenarnya tak silap. Saya dah tempah bilik hotel di Kuantan ini. Tadi saya sengaja buat begitu kerana saya tengok awak mengantuk, dan awak benar-benar hilang mengantuk, betul tak?

Pemandu bas tersenyum hambar dan mengangguk berkali-kali dan menggeleng sekali lagi.

Cite kelako....

Ramai Sangat Angkasawan

Cikgu: Siapa mahu menjadi angkasawan, angkat tangan.

Semua murid-murid tahap tiga mengangkat tangan kecuali hanya seorang daripada semua 40 orang murid.

Cikgu: Mengapa kamu seorang tidak mahu menjadi angkasawan?

Mamat: Di sini saja dah 39 orang, kalau dicampur dari murid sekolah lain entah berapa ribu jumlahnya. Kapal angkasa hanya boleh muat tiga orang saja dan ISS belum lagi seluas padang bola, cikgu.

###################################

Sendat

Wartawan: Apa pandangan tuan kalau PLUS hapuskan tol sepenuhnya.

Pemandu: Saya tak setuju sama sekali, ditakuti Lebuhraya Plus sendat dengan kenderaan.

#####################################

Takut Bercerai

Pengancara: Mengapa mendadak saja mahu berhenti menjadi artis?

Artis: Sebab saya dah nak kawin.

Pengancara: Apa pula kaitannya?

Artis: Takut bercerai.

#####################################

Syariat Bermusim

Peminat 1: Kalau tak silap, wanita bertudung tadi tu macam kenal aje,

Peminat 2: Siapa lagi, artis yang kita minati tulah.

Peminat 1: Eh, mengapa bertudung pula, biasanya terbuka aje?

Peminat 2: Sebab hadir di Mahkamah Syariah.

Saturday, January 24, 2009

Sonoknyerrr....

lalala...hasrat aku nk perabihkan duit sblum balik umah telah berjaya dilaksanakan....hahaha...sgt sonok biler tgk purse duit dh abih...huhu...budak paez ni mmg otaknyer dh tak centre...allignment ader skit lari....klau nk perabih tu tau jer kaedahnyer...tp nak simpan mmg la amat hampeh...
ke mana kah duit ku itu tlah di laburkan? huhu....tp mmg best krana hasil yg diperolehi mmg sgt2 memberangsangkan n sgt berbaloi okey....perubahan yg berlaku pada eden skang mmg sgt menakjubkan...hehe...lalala...heppi nyerrrr....
apakah perubahan itu...hehe...BIARLAH RAHSIA!!! hahaha....<---nada org jahat...

Ikan bakar....Nyum..nyum...

hehe...ni salah en.wahab n d geng la....kan aku dah mengidam...cam org mengandung lak..tp lg teruk...siap mimpi2 lg...harharhar...ceh...leh plak mase handing over kat klang ari 2 citer lak psl ikan bakar yg kt muara 2...huh...trus menitik ayo lior aku...peghhh...terbyg2 kenikmatan memakan ikan bakar itu d muara....hahaha..
org pertama yg aku story psal ikan bakar ni kt kak ida...ruper2 nyer dier pun teringin gak...huhu...lak 2 dier pun penah g muara ngan kas...hehe..lg sng ader tukang penunjuk arah nnti...hehe...
org kedua lak cik bung...(sorry la cik bung slalu nyer ko jd org pertama...huhu....)...cik bung pun memberikan respon yg amat bagus...hahaha...dah ader rmai dh ahli2 rombgan nak g melantak ikan bakar...hehe...(rasa2 nyer cik dee and cik nad sure nak g gak ni...huhu...alangkah best nyer!!!)
cume skang ni tgh pikir sape yg nak sponsor jalan2 cari makan 2 nnti...hehe...klau masing2 kuar duit sndiri leh jer...tp klau ader yg bermurah ati jd tuan pen'sponsor' adalah amat best...hahaha...
cik dee ape lg sponsor la...huhu...
<----pesanan tuan puye blog

Friday, January 23, 2009

ye...ye...

ye...ye cuti....huhu....releks la kejap....sonoknyer...leh goyang2 kaki...tgk tv...makan2 minum2 smpai lebam..huhu...amat sonok...dah terbayang dah xtvt yg sudah dirgka di kepala utk mengisi waktu cuti nnti...hehe...cewahhhh....
tp yg psti esok aku blk kg sbb ade nak wt kenduri...kenduri kawin kah???....sape 2?...hehe...takde la...kenduri utk arwah opah aku...tup2 dah nak masuk 4 bulan dah arwah opah aku meninggal...cam xcaya...
hmmm....ari ni nak wat aper yer...igt nak g perabihkan duit la sblm blk umah...haha...dh ader stu tmpt dh aku plan nak g...g mana?...hehe...mana leh bg tau...wawawa....

LA..la..la...2

"SINI TAK BOLEH BERENANG" .

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun. Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"

Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut. "Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.



PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?" "Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"



UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?" "Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos. "Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun. "Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim. Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang" Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalefon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang. Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!



PENUMPANG DEGIL YANG BODOH

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke KL' Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana ." Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana , duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??", herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.

"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari. "Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" , katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.

"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di KL," jawab kapten.



KENCING MASAM LEBIH TERUK

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?" "Kecing manih. Lamo doh." Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

Tu bakpo pulok?"

"Kecemase"

"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

LA..la..la...

SUAMI KELUAR MASUK DISKO

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku. "Kenapa..?" tanya temannya kehairanan. "Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda. "OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. "Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu Muda.

BINI DAPAT TAHU

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya. "Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"

"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?" tanya si teman penuh simpati. "Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau... ."

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Akhirnya penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok... ?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya rasa tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?


Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu... saya tak tau pulak..

En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta ma... .. (sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.


"INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?"

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya "Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana , si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya.

Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkan nya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung... ! " rengus si isteri.

"Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini... "

HUKUMAN MATI

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.

"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semua nya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden itu berkata.

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.

"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya. Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, "Tak ada masalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa... "

MENANG LOTERI RM3 JUTA .

Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba. Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak! Isteri: Kenapa Bang? Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit. Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara ke Bang? Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!

Thursday, January 22, 2009

1. Satu datuk tambah satu datuk tambah lagi
satu datuk jawapannya berapa?
Tentulah tiga. Tetapi kalau 3 datuk tolak satu nenek berapa?
Jawapannya tentulah nenek itu jatuh.

2. Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter..
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5
Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

3."Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,"kata Yani kpd mamanya.
"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?"Tanya ibunya. "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

4.Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan
kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".

5.Suami-isteri bertengkar. Tetiba isteri terus kemas beg.

Suami: Kenapa?

Isteri: Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan.Saya nak tinggalkan rumah ni! Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed- up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!

Teka-teki teka-tekok...

a) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??
-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??
-Misai

C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen

E) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

F) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
-Penguin

G) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh... (Hazami)..

H) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?
-Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

I) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
-Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)

M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?
-Lingkaran nyamuk Shieldtox

N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
-Bahrain (b`coz bah dulu, rain komdian)

O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?
-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 towun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..

Wednesday, January 21, 2009

Windu sewindu2 nyer...

akhirnyer stlh lama aku mg'hilangkan' diri...aku tlah pun kembali semula ke rumah and opis...huhu...lama tol aku menyorok...hahaha...
ala bukan g mana pun...dh mmg tgs kene jengah site...so 2 la psl...mgu lepas byk ari aku bermlm kt btg kali...umah ku tercinta...and umah mak cik...hehe...sbb mgu lps handing over ari selasa ngan khamis kt sabak bernam...so 2 la psl aku g dr umah je la...
balik jer umah sewa..tak ade la byk perubhan...cam ari 2 masa aku' tgl'kan hampir 2 minggu lps...ewah...huhu...kete still byk melambak2 terparking kt bwh...org pun still byk berjln sana sini and condition kt umah sewa ni still cam 2 jgk...byk smpah kotor and lif pun still bau busuk...huhu...
bile msk umah jer bru best...so klau aku tetibe menghilangkan diri lg akn datang kt cni still msh mcm2 gak...haha...itu conclusion aku la...hehe...sgt teruk attitude org kt cni okey...tp ape2 pun rmh no 35 jgk yg best and org kt dlm 2 comey2 semuanyer...huhu...
esok ader handing over kt area kuala langat lak...adoiyaiiii...malas tol tau tak...bosan!!!!!!!!!!...bukannyer wat ape pun juz tgk2 tinjau2...tak g kang entah ape c en wahab tu ngata kt blakang...bkan leh caya!!!! huhu...
so nak wat ape ek sambil2 tinjau2 and jenguk2 site?...sampai skang aku xleh nak pikir....ceh...ade idea???...

Arigatokkkk...

Op...op...ghenti le wat keje tu...skang kan time nak mengisi perut...pas hampir2 nak terjuling biji mata n srabut kpala otak wat keje...apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni..hehe...sure enjoy...wawawa...

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

hahaha...kuikuikui...kelakar tak??...

Attractive ke idak...

Try out la quiz ni kalau nak taucamner attractive nyer korang pada oppositesex. Ape lg bace slow2 and jawap...huhu...opps...bace bismillah dulu....

1. Which place do u want to have a travel most?

A.Beijing ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... go to q.2

B.Tokyo ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... go to q.3

C.Paris ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .go to q.4


2. Have you ever cried when u see a touching movie?

A. Yes... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..go to q.4

B. No... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .go to q.3


3. If your boyfriend or girlfriend still hasnot come after an hour of yourdate with him/her, what will you do?

A. wait for another 30 mins... ... ... ... ... ..go to q.4

B. leave immediately... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .go to q.5

C. wait until he/she comes... ... ... ... ... ... go to q.6


4. Do u like to go to see a movie alone?

A.Yes... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..go to q.5

B.No... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .go to q.6


5. When he/she asks for a kiss in your first date, what will you do?

A.Refuse... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..go to q.6

B. light kiss on his/herforehand... ... ... ..go to q.7

C. Agree and kiss him/her... ... ... ... ... ... .go to q.8


6. Are you a humorous person?

A. I think Iam... ... ... ... ... ... ... ... ... ..go to q.7

B. I think I amnot... ... ... ... ... ... ... ... .go to q.8


7. Do you think you are a capable leader?

A.Yes... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..go to q.9

B.No... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... go to q.10


8. Which gender will you choose to be bornif you are given achance?

A.Male... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .go to q.9

B.Female... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..go to q.10

C. I don'tmind... ... ... ... ... ... ... ... ... ..Type D (go straight toresults below)


9. Have you ever got more than oneboyfriends or girlfriends at a time

A.Yes... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..Type B (gostraight toresults below)

B.No... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... Type A (go straighttoresults below)


10. Do you think you are intelligent?

A.Yes... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..Type B (go straightto results below)

B.No... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... Type C (go straighttoresults below)


RESULTS

Type A : Congratulations! You can extremely attract the oppositesex!
Youpossess a charming beauty in the eyes of them.You not only have aprettyfigure,
but also have a humorousand gentle personality.Youshould be a literate person
and know how toget along with people andcanallocateyour time well,
thus you arealways popular among theopposite sex.


Type B : Quite good! You can easily attractthe opposite sex, butyou will not easily into the loving trap. Your humor makes them want to get along with you. He/She will behappy being with you!


Type C : Not bad! You cannot attract theopposite sex very well, but you still have something good which make them like to get along with you.

You should be an honest personand have a unique view inseeingthings.
You are quite friendly in the eyes ofyour friends.


Type D : Oh! You do not attract the oppositesex.
You do not havemuchknowledge, and not much intrinsic humane values.
You are too rude totheopposite sex. Thus you are not very popular among them.

Tuesday, January 20, 2009

Mari berpantun...

Pantun Muncung... . (lebih molek dibaca di hadapan cermin... pastikan anda membacanya dengan gaya dan intonasi yang betul... jangan nak tipu aaa... )

Duuk tugu kucung burluru,
munu nuk sumu su kucung bulung,
du'u tugu buluh ku curu
munu nuk sumu cuk uduk surung.

Gunung du'uk burcubung tugu,
huncur budun du kundung tunuh,
budu yung bu'uk dukunung jugu,
du'u tugu kucung burluru.

bu'uh cumpuduk du luur pugur
umbul guluh tulung julukkun,
humbu buduk buru burlujur,
kulu suluh tulung tunjukkun.

Pusung umus dubuwu burluyur
musuk subujuk du utus putu,
hutung umus buluh dubuyur,
hutung budu du buwu mutu...

Suku'un turumu kusuh... ..

Nama & meaning....

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Adab doa...

Kalau kita nak memohon sesuatu yg dihajati kpd ALLAH S.W.T...so kita kene doa dgn sebaik2nye dgn memelihara adab2 doa..mcm jgk nk dpt result ok 4 exam...study hard smart segala bagai la...huhu..so ni adab doanyer:

1. pada waktu2 yg mulia seperti hari jumaat, hari Arafah, bulan Ramadhan, dan waktu satu pertiga sebelum berakhirnya mlm.

2. dalam keadaan yg mulia seperti kita sedang bersujud dlm sembahyang, sebelum dan sesudah menuniakan solat, ketika hati berasa tenang dan bersih drpd gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.

3. bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri padaNya bersunggung2 kepada ALLAH S.WT.

4. berdoa dlm kedudukan menghadap kiblat.

5. memuji kebesaran ALLAH S.W.T. sebelum berdoa"selayaknya doa itu dimulai dgn kalimah tahmid(puji2an) dan disudahi dgn kalimah tahmid juga (Hadis AN- NABAWI)

6. merendahkan suara iaitu menggunakan suara yg perlahan agar samar2 dr pendengaran org di sisi kita.

7. menggunakan kata2 yg sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yg dihajati di dlm doa tersebut. sebaiknya menggunakan doa2 yg diajarkan oleh Rasullullah s.a.w.

8. khusyuk agar jiwa kita yg halus ini sentiasa merasai kebesaran dan kehebatan ALLAH S.W.T.

9. ulangi doa yg dihajati sebyk dua atau tiga kali dgn harapan ALLAH S.W.T. akan memakbulkan.

10. yakin doa itu akan diperkenankan ALLAH S.W.T dan redha jika ALLAH tidak memakbulkannya.

so ape lg...jom la kite slalu berdoa mtk kat allah...semoga kehidupan kita akan dirahmati dan diredai Allah...

Monday, January 19, 2009

Badan meragam...

adoiyaiii....badan aku rasa tak okey la...bile2 masa jer leh kene demam selsema ni....la ni dah bersin2 tak ghenti2 ni...lubang tekak cam dah penuh ngan kahak jer...huhu...
cam ner ni eh?....esok ader handing over kt area sepang..pas 2 ari kamis kt kuala langat...tp badan ade cam nak meragam ni...nak mintak tangguh kene selseme leh tak?..hehehe....tgu la ari jumaat nanti ker...ker pas tahun baru cina ke...ke tak yah lgsung....ahaks...

Kisah benar...

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... . Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !!

Pikir la sendiri.....

Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka
tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak
Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman
mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas. selain terhibur anda fikirkanlah...
" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa
mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dasyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa
yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau
girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Wallahualam.

@ĵ£....

tgk tak juara lagu?...tak kan la x tgk kot...dah jd perkara wajib msti tgu ajl tiap2 thn..pas tu main teka2 ngan mak aku sape yg mng...bapak ngan adik aku pn join dua2 belah kaki segmen teka2...huhu...
so yg menang group pak cik hussain...huhu...tp mmg best la dorang ni...tp mula2 tu aku bajet faizal tahir...mng vocal ngan persembahan lak tu...sah2 la aku teka die yg mng...hehe...
so result dier..jengjengjeng...

ll
ll
ll
\v/

Juara Lagu ke-23:
“Lagu Untuk Mu” (Meet Uncle Hussain)
Juara Etnik Kreatif: “Persoalan Cinta” (Farawahida)
Juara Balada: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Juara Pop Rock: “Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Persembahan Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)


Sunday, January 18, 2009

Boikot...

Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!
Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.


Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.

Lain-lain produk yang wajib kita boikot ialah seperti di bawah. Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel


AOL Time Warner


Apax Partners & Co Ltd


Coca-Cola


Danone


Delta Galil


Disney


Estée Lauder


IBM


Johnson & Johnson


Kimberly-Clark


Lewis Trust Group Ltd


L'Oreal


Marks & Spencer


Nestle


News Corporation


Nokia


Revlon


Sara Lee


Selfridges


The Limited Inc


Home Depot


Intel


Starbucks


Timberland


McDonald's


Arsenal F

Sebarkan kepada semua Muslimin kerana setakat ini yang kita termampu berjihad melawan kafir Israel !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...