Friday, August 5, 2011

Solat Sunat Tasbih...

hari ini surau opis saya akan di adakan solat sunat tasbih...honestly memang saya tak tahu bagaimana mahu melakukan solat sunat tasbih..sebba tak pernah buat...ya allah baru tau betapa cetek nye ilmu...huhu..
untuk mengelakkan saya tiada idea langsung dalam erti kata yang lain mengikut imam tanpa ilmu langsung...langsung yer zero kosong...huhu..so terpaksa meng'google'kan diri mencari ilmu di blog2 orang...hehe
...
daripada apa yang saya dapati solat sunat tasbih ini dilakukan sebanyak empat rakaat dalam satu salam...it's depend on di lakukan pada waktu siang atau malam...kalau siang 4 rakaat dalam satu salam..and kalau malam 4 rakaat tp dalam dua salam...
dan niat bacaannya...


أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
"Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala"


setiap satu rakaat akan di baca sebanyak 75 kali bacaan tasbih...dan bacaan tasbih tu ialah


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"


jadi cara-cara melaksanakan solat sunat tasbih adalah seperti di bawah

1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kemudian baca 15 kali tasbih
2. selepas rukuk baca 10 kali tasbih
3. selepas iktidal baca 10 kali tasbih
4. selepas sujud baca 10 kali tasbih
5. selepas duduk antara 2 sujud baca 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. selepas duduk sebentar sebelum berdiri semula atau selepas tahiyat awal dan akhir juga perlu membaca 10 kali tasbih


dan turut di sunatkan untuk membaca Surah2 di bawah ini selapas al-Fatihah...ada 3 pilihan
a. Rakaat pertama: Surah Yassin
Rakaat kedua: Surah Al-Waqiah
Rakaat ketiga: Surah Ad-Dukhan
Rakaat ketiga: Surah Al-Mulk

b. Rakaat pertama; Surah ad-Dhuhaa
Rakaat kedua: Surah Al-Insyirah
Rakaat ketiga: Surah Al-Kausar
Rakaat keempat: Surah Al-Nashr

c. Rakaat pertama: Surah Al- Zilzaal
Rakaat kedua: Surah Al- 'Addiyaat
Rakaat ketiga: Surah An-Nashr
Rakaat keempat: Surah Al-Ikhlas


dan ini pula adalah doa selepas solat sunat tasbih


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

"Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta."



so selamat menunaikan solat sunat tasbih...kebetulan memang di bulan ramadhan kan...memang elok kita lakukan perkara2 yang baik ini...untuk menambahkan lagi pahala kita...dan sebetulnya fadhilat solat ini untuk menghapuskan dosa2 kita...bagus sgt la kita buat sekarang jgk...huhu...






SELAMAT BERAMAL....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...