
Wednesday, November 23, 2011
Indah yang lemau

Monday, November 21, 2011
Monday Blues
adakah sebab bila malam Ahadnya terpaksa menghadkan kegoyangan kaki mengadap FB and terpaksa pulak kena gosok baju, kemas-kemas barang untuk pergi opis esok so mood yang dah tak indah itu musibah dari tak boleh nak berjimba-jimba telah terbawak ke hari isnin..so istilah MONDAY BLUES itu muncul...tadaaaaa MONDAY BLUES datang lagi...
or
adakah faktor kerja-kerja yang sememangnya bertimbun-timbun bagai nak rak kat opis terpaksa di hadapi untuk satu tempoh yang panjang (5 hari) or dalam kata lain 2 hari cuti tak cukup maaa nak release tension..maka automatic MONDAY BLUES terus menguasai diri..
or
adakah mengenangkan terpaksa mengharungi rutin harian yang membosan kan...bangun pagi>mandi>siap>sarapan>pergi kerja>jalam jem>parking tak de>kerja bertimbun>lunch>kerja bertimbun lagi> balik kerja>jalan jem>makan malam>tengok tv smbl buat kerja lagi>tido..bla bla..bla...24 7...bole gile wooo...so again MONDAY menjadi musuh yg utama sebab baru nak ikut rutin yang lain sikit time weekend dah terpaksa masuk balik lane rutin yang sama...doiii...MONDAY BLUESSSS~~~~
or
...
or
...
hahaha......
for me memang kadang-kadang rasa lemau semacam je bila hari Isnin especially kalau dah cuti lama..mood bersepai entah hilang kat mana nak cari pun tak jumpa sebab mood dah main nyorok-nyorok dengan aku...huhu...tapi sebagai seorang manusia biasa yang mak bapak nya bukan orang kaya yang ada harta bilion-bilion sampai 7 keturunan pun tak habis so terpaksa la kerja untuk mendapatkan pendapatan yang halal...ecehhhh...
so untuk mengembalikan mood tu terpaksa la menggunakan mekanism yang tersendiri untuk menyahkan MONDAY yang BLUES itu...contoh...cari balak ensem yang selalu naik komuter so bila hari isnin je leher jadi panjang sebab nak ushar mamat ensem ada ke idak tengah tido ke idak sambil senyum-senyum sendiri angau...hehe..see mamat ensem itu telah influence saya untuk bangun pagi and pergi kerja dengan penuh bersemangat...lalala
and next yang paling penting sekali bak kata pepatah "gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati"...haha..seeeloknya pergi la bekfes kat tempat-tempat yang best sebelum masuk opis mengadap kerja...contoh...
tadaaaa...

makan makanan yang menyelerakan yang ibarat makanan tu memang tak pernah lagi makan dan teringin sesangat nak makan kalau tak dapat mau meleleh air liur sampai jumpa hari isnin depan nye lagi..ehh paham ke?..haha..

amalan ini telah di praktis sejak azali lagi...bila isnin je makan kat KL Sentral (sebab naik komuter kan..haha)..makan dengan hati yang gembira sambil tengok orang lalu-lalang dengan muka toya nak kejar masa sebab kena punch card..hikhik..seronok weii tengok muka sensorang..haha..tapi ada syarat nye jugak..kalau duit banyak..kalau idak duit dah sipi-sipi je tu..elok la puasa je sambil layan MONDAY BLUES...haha
Friday, November 11, 2011
14 days challenge..



untuk lebih memahami maksud perkatan-perkataan yang berada di atas kertas ini mari saya story..hehe
BMI-Body Mass Index (nisbah antara berat dan tinggi)
BMR-Basal Metabolic Rate (jumlah tenaga yang dibelanjakan oleh badan untuk pernafasan ataupun kalori yang di bakar pada ketika tiada pergerakan yang aktif contohnya 8 jam bekerja duduk depan laptop saje..hehe)
Impedance (rintangan yang wujud dalam badan untuk arus elektrik ataupun tindakan otot sebagai pengalir arus elektrik dan tisu bertindak sebagai perintang)
Fat % (Peratusan lemak di dalam berat badan)
Fat Mass (Jumlah berat lemak di dalam berat badan)
FFM-Fat Free Mass (mana-mana tisu badan yang tidak mengandungi lemak contohnya otot, tulang, tisu, air)
TBW- Total Body Water (jumlah air yang disimpan di dalam badan)
*TBW terdiri daripada antara 50% -70% daripada jumlah berat badan. Kebiasaannya, lelaki cenderung untuk mempunyai air berat badan yang lebih tinggi daripada wanita kerana jumlah yang lebih besar otot.
Desirable Range (Julat yang sihat untuk Fat % dan Fat Mass)
haaaa...rasakan berat naik 200 g lagi..BMI naik lagi...kesimpulannya pemilik blog ni sekarang telah obes...waaaa...rasakan berat naik 200 g...walaweyhhhh...eventhough Fat Mass turun sikit TBW pon naik sikit...tapi saya gemok..uwaaaaa~~~~
Wednesday, November 9, 2011
Burger Pak Abu


sebenaunya aku order Burger Oblong Ayam..tapi last-last dapat Burger Ayam je...hadoii...tapi tak pe naseb sedap gakss...makan burger sambil tengok Team Bola Sepak Malaysia lawan Thailand...huhu...congratz Malaysia...TERBAEKKK~~~
Saturday, November 5, 2011
Makan di Meals Station, KL Sentral...lagi..









sambil makan sensorang sambil tengok orang lalu lalang..hehe...ko layan tgk orang je kang komuter lari weiii...huhu..